Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
khas

Wacana Ilmu Cabaran Tugas Pengacara Majlis

 


Wacana Ilmu Cabaran Tugas Pengacara Majlis

https://www.youtube.com/watch?v=JKfsJ5Dl0WY

ISNIN 
 22 Mac 2021 
 9.00-10.00 MALAM 

Presenter MC CikMa MA SIRAJUL BARIYAH KAMARUDDIN Teacher And Trainer 

 MC CikMa (Ma Sirajul Bariyah Binti Kamaruddin) adalah merupakan seorang pengacara majlis profesional. Menggalas kerjaya sebagai guru akademik dengan kelayakan ikhtisas iaitu memiliki Sarjana Muda - Bacelor Sains Dalam Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia. Berpengalaman mengajar di pelbagai buah sekolah rendah dan sekolah menengah menjadikan catatan pengalaman beliau adalah menyeluruh dalam aspek pendidikan di kanak-kanak dan remaja. Beliau sering terlibat secara langsung dalam pelbagai majlis dan atur cara dalam bidang pendidikan dari aspek pengurusan majlis protokol serta pengacaraan. Atas pengalaman berkenaan, membawakan beliau untuk yakin dan komited melaksanakan program latihan yang memberi fokus terhadap skil pengucapan awam, pengacaraan majlis, kepimpinan, komunikasi, protokol majlis dan pengurusan acara. Kini beliau turut bertindak sebagai pengurus bagi program kendaliannya. Pelibatan dan visi beliau dalam bidang latihan ini dapat di perjelaskan menerusi inisiatifnya sebagai pengasas program Emcee Junior (penyertaan kanak-kanak dan remaja), Emcee Class (dewasa) dan latihan bidang pengucapan awam dan skil pembentangan semenjak tahun 2016. Program-program kendalian beliau terus mendapat perhatian di peringkat publik di mana MC CikMa menerima undangan sebagai jurulatih (trainer) oleh pelbagai sekolah, institusi pendidikan dan organisasi. Program Emcee Junior yang dijalankan kerap berpusat di sekitar Lembah Klang, sering menerima kehadian peserta dari seluruh negara melibatkan penyertaan dari pelbagai bangsa dan segenap lapisan masyarakat. Pelaksanaan kandungan program dan aktiviti di program ini disusun secara struktur demi memberi sesi latihan yang terancang serta bersesuaian dengan tahap kognitif peserta. Inisiatif program yang diuruskan ini turut mendapat perhatian oleh pihak media dan penyiaran. Program Emcee Junior menerima kehadiran pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang hadir membuat rakaman liputan dan sesi temubual bersama –sama para peserta program. Komitmen dari RTM ini terus memberi impak besar apabila berita program emcee junior telah disiarkan di kaca tv dalam rancangan Chiki boom,TV 2 RTM. Info lanjut program yang dijalankan boleh diperolehi dengan melayari website www.emceejunior.com 

 Moderator : YU. Teacher Idayu 

 Penceramah : MA SIRAJUL BARIYAH KAMARUDDIN 

 Pemerhati : YU. Mamat Solleh 

 Kontrol Host : YU. Suffi Yusof 

 Dibawakan khas kepada anda oleh eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia dengan kerjasama Akademi Youtuber.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama