Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

USRAH SANTAI: SANTAI TAPI SAMPAI


Sesuai dengan namanya, ‘Usrah Santai’ merupakan sebuah program perkongsian ilmu yang santai tetapi cukup memberi kesan kepada para pendengar. Setiap minggu, pasukan sukarelawan usrah yang terdiri daripada Teacher Yuhaida, Ustaz Rosmadi, Bro Rumainno dan Bro Hazar akan membawakan satu mesej untuk dijadikan panduan dan amalan buat semua pendengar. Objektif program ini iaitu untuk membuahkan peningkatan amalan dan akhlak melalui ilmu yang dikongsi.

Mula bersiaran pada 13 November 2020, program ini telah menampilkan ramai tetamu istimewa yang berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing. Setiap kali ke udara, pasti ada jiwa yang tersentuh, ada air mata yang luruh dan ada ukhwah yang terbentuk. Begitulah hebatnya tarikan yang ada dalam usrah santai ini, sehingga ada penonton yang sentiasa setia dan tertunggu-tunggu untuk bersama mereka pada setiap minggu.  

Antara tajuk yang pernah dikongsikan dalam program ini iaitu Niat, Redha, Positive Circle, Anak Jambatan Syurga, Kuasa Doa, Hikmah di Sebalik Ujian, Memberi vs Meminta, Dakwah Tugas Semua serta Bahagia Dalam Memberi. Setiap tajuk membawa penonton untuk mengenali Allah dengan lebih mendalam dan menyusuri sirah Rasulullah s.a.w.

Perbincangan merentas generasi ini bukan sahaja berfokuskan kepada murid sekolah dan guru, tetapi sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat yang menjanjikan santapan minda dan rohani yang sangat menarik dan bermanfaat. Mari kita tonton antara selingan yang menyentuh hati para penonton sepanjang 18 minggu usrah bersiaran.

https://www.youtube.com/watch?v=7pb0G9DSiMk 

Disediakan oleh:

Arma Yusof @Armayusof

AYU PRESS OFFICIAL

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama