Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

Video 10K??


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 







Sabar itu manis…sabar itu manis…Kata-kata yang dilafazkan oleh Yu Linn Zack ketika saya meminta beliau menceritakan pengalaman pahit manis dalam menghasilkan video selama berada dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU). Saya terpanggil untuk menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terbitan sulung saya kali ini. Tanggal 1 Februari 2021 merupakan detik yang penuh bermakna kepada Yu Linn Zack, pereka grafik AYU, kerana berjaya mencapai angka 10K subscriber dalam tempoh 7 bulan.

 

       Benar kata pujangga ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya`. Hal ini membuktikan jika tiada usaha berserta komitmen yang tinggi, mana mungkin seseorang akan mencapai hasrat atau impiannya. Untuk mencapai kejayaan juga perlukan pengorbanan masa, tenaga dan orang di sekeliling kita. Pengalaman hidup orang lain juga boleh kita jadikan sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagaimanakah beliau berjaya menghasilkan video pdpdc dan tutorial sehingga mencapai target 10K subcribers? Dan siapakah orang penting di sebalik kejayaan beliau?

Jom kita dengar luahan rasa dari Yu Linn Zack dalam video berdurasi 12.42 minit, yang diterbitkan khas untuk Buletin AYU. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau kerana membenarkan video ini dimuat naik melalui channel Youtube saya.Terima kasih Yu Linn Zack!

 

Rakan-rakan AYU dijemput untuk memberi komen di bahagian deskripsi video di atas agar saya dapat memperbaik segala kekurangan.


Link Video  :  https://youtu.be/n5uZTVZH6dU

 

Disediakan oleh,

Cikgu Nora @cikgunora03

AYU Press Official. 

Yu.CM KAIZEN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya CM Kaizen, KP Panitia Sejarah SPM Akademi Youtuber, menjemput rakan-rakan dan anak-anak murid untuk menonton semua video berkongsian kami. Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kerana terus menyokong Akademi Youtuber , khusus Panitia Sejarah. Saya sudahi dengan Salam Kaizen!!!! Means Continuous Improvement...

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama