Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNP) telah
menganjurkan satu pertandingan #09EduYoutubersChallenge2020 bagi peringkat
negeri Perlis. Di antara kategori yang dipertandingkan
ialah,
- 1.
Kategori
Video PdPc (Guru)
- 2.
Kategori
Video PdPc (Murid) Rendah
- 3.
Kategori
Video PdPc (Murid) Menengah dan Pra-U
- 4.
Channel
Sekolah
- 5.
Channel
Guru
- 6.
Channel
Murid
Keputusan pertandingan telah diumumkan melalui
saluran SSTP JPN Perlis pada 16 Februari 2021.
Alhamdulillah, bagi kategori channel guru terbaik, dua orang rakan guru
dari Akademi Youtuber telah diisytiharkan sebagai pemenang.
Cikgu Zatusy Syamam binti Naim dari SK Tambun Tulang, Arau, Perlis telah memenangi tempat pertama, manakala cikgu Nur Hidayah binti Adnan dari SMK Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri) Perlis telah menduduki tempat keempat. Syabas dan tahniah diucapkan.
Semua pemenang tempat kelima hingga tempat
pertama akan mendapat sijil penghargaan, manakala penyertaan lain akan mendapat
sijil penyertaan. Satu Majlis Anugerah Pendigitalan yang dijangka akan diadakan
pada bulan Mac dan hanya pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga sahaja akan dijemput untuk menerima
anugerah. Saya akhiri dengan serangkap
pantun,
Pertandingan diikuti selesailah sudah,
Segala syarat telah diredah;
Anugerah terindah diumum sudah,
Terukir kenangan di lipatan sejarah.
Link Video Penghargaan : https://www.youtube.com/watch?v=0Vg89XniGOE
Link Channel Zatusy Naim : https://www.youtube.com/c/ZatusyNaim
Link Channel Cikgu Hidayah : https://www.youtube.com/c/CikguHidayah
Disediakan oleh,
Umi Juema @NorJueMa
AYU Press Official
Link Channel : https://youtuber.com/c/UmiJuema