Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

MEMBERI VS MENERIMA

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Kisah di sebalik tabir persediaan PdPR dan Kelas Tuisyen Online guru-guru Akademi Youtuber (AYU) perlu dijadikan inspirasi kepada kita agar tetap meneruskan perjuangan walaupun menghadapi pelbagai kekangan.  Keprihatinan dan kasih sayang guru AYU sungguh luar biasa kerana sanggup mendahulukan kepentingan anak didik agar tidak terpinggir di persada ilmu.

Cikgu Syazone dan pasukannya telah menjalankan Terjah Ziarah Cakna Part 2.  Mereka telah menziarahi anak didiknya di Kampung Paya Rambutan untuk menyampaikan modul PdPR kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2.  Pada masa yang sama beliau sentiasa  menemani isterinya masih dalam proses radioterapi di hospital Putrajaya.

Cikgu Fendy Hamid pula terpanggil untuk membantu salah seorang anak didik beliau iaitu Adik Nuqman apabila dia seringkali terkeluar dari Google Meet semasa kelas PdPR. Menurut bapa Nuqman anaknya mengalami kesukaran untuk meneruskan kelas online kerana terpaksa berkongsi telefon bimbit dengan ibu serta dua orang adiknya.  Maka Cikgu Fendy telah bersepakat dengan bekas pelajar MRSM Langkawi untuk melancarkan Tabung ‘Smatphone for Nuqman’ sehingga berjaya mengutip dana sebanyak RM600 dalam masa 30 minit sahaja.  Jumlah kutipan tersebut membolehkan Cikgu Fendy membeli telefon pintar Realme C15.  Pihak sekolah terutama Tuan Pengetua Tuan Haji Ahmad Othman dan Penolong Kanan Encik Usmardi Bin Mohd Hambali telah menyempurnakan sesi penyampaian Bantuan Telefon Pintar kepada Adik Nuqman.

Kesukaran Cikgu Basitah mengasuh dua orang anak istimewanya sedikitpun tidak menggugat tugas hakiki beliau.  Malah beliau sanggup mendukung anaknya yang bongsu semasa mengajar di dalam kelas. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pandangan sinis sebilangan masyarakat beliau terus tabah untuk meneruskan usaha beliau menggalas dua tugas dalam satu masa, sebagai seorang ibu dan seorang guru.  Petua beliau iaitu memberi biarlah ikhlas, sentiasa berlapang dada dan memberi tanya syarat.

Demi merealisasikan Kelas Tuisyen Online AYU, beberapa orang guru AYU sanggup melakukan pelbagai usaha agar dapat meneruskan kelas mereka.  Cikgu Jainah telah beberapa kali menyewa sebuah hotel di pekan Ranau iaitu agar mendapat liputan internet yang lebih lancar.  Begitu juga Ustazah Siti Mariana yang mengambil inisiatif menyewa hotel di pekan Ranau setiap kali terlibat dengan kelas tuisyen AYU.  Beliau terpaksa keluar mencari tempat yang ada liputan internet yang stabil.  Selepas selesai kelas pada pukul 6 petang, beliau bergegas pulang ke rumah yang mengambil masa lebih 45 minit, sebelum malam menjelma.  Untuk mengurangkan kos, beliau terpaksa bersiaran pula dari dalam kereta dengan menggunalkan ‘hotspot’ dari telefon bimbit sendiri.

Ustazah Saliza Zainol juga mengambil langkah yang sama dengan menyewa hotel semata-mata untuk bersiaran langsung untuk Kelas Tuisyen AYU.  Ustazah Mahfuzah pula menyediakan ‘green screen’ agar dapat bersiaran dari dalam keretanya sendiri untuk Kelas Tuisyen AYU.  Demi memastikan amanah sebagai presenter berjalan lancar, Ustazah Suziwan nekad menggunakan ruang dalam Masjid Darul Ulum, Sg Buloh, Selangor untuk bersiaran bagi Kelas Tuisyen Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5.

Halangan dan cabaran dalam bersiaran untuk Kelas Tuisyen AYU tidak menjejaskan semangat Cikgu Izyan Mardhiyah bt Halmi yang merupakan guru prasekolah.  Capaian internet yang masih rendah di kawasan kediaman menyebabkan beliau mengambil pelbagai inisiatif termasuk menggunakan talian internet di rumah adiknya dengan merentas daerah semasa PKP.  Selain itu, beliau pernah menggunakan kelas prasekolah di SK Sijangkang, Telok Panglima Garang dengan bantuan suami dan pengawal keselamatan menyediakan studio untuk bersiaran. Prinsip beliau ‘LIVE DI MANA-MANA’ menjadi kenyataan kerana beliau pernah bersiaran dari homestay semasa majlis perkahwinan sepupunya dan di salah sebuah hotel bajet di Pontian, Johor semasa cuti sekolah. Beliau berasa segala masalah dan cabaran harus ditempuhi kerana semuanya pasti ada jalan penyelesaian.

Begitulah kegigihan para pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Mereka sanggup memberi dengan penuh ikhlas tanpa meminta sebarang imbuhan. Semoga pengorbanan mereka menjadi penyuntik semangat kepada kita untuk meneruskan tugas sebagai seorang pendidik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai reaksi negatif dari sebilangan masyarakat.  Anggaplah segala pandangan negatif dan sebagai satu cabaran agar kita tidak mudah berputus asa dan kecewa.  Anggaplah segala caki maki atau sindiran segelintir masyarakat sebagai pemikiran manusia yang belum matang.  Sesungguhnya ilmu yang dititip oleh para pendidik pasti akan menjadi ladang pahala kelak.

 

 Oleh itu, saya telah menerbitkan video khas untuk menghargai pengorbanan guru-guru AYU. Rakan-rakan AYU dijemput untuk memberi komen dalam ruang komen video tersebut agar saya dapat memperbaik segala kekurangan.

 https://youtu.be/4V2I-5OUpNs

Disediakan oleh,

Yu. Nora @cikgunora03

AYU Press Official

Akademi Youtuber Malaysia

 

 


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama