Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

10K SUBSCRIBER : REZEKI TANPA DIDUGA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 

Pada kali ini, saya bawakan kepada anda seorang lagi rakan youtuber daripada Akademi Youtuber Malaysia (AYU) yang berjaya mendapat 10K subscriber dalam  7 bulan sejak menyertai akademi pada bulan Julai yang lalu.  Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Wan Hazarudin Wan Hassan  yang berasal dari negeri Kelantan dan kini telah menetap di negeri Selangor.

 

Beliau lebih sinonim dengan panggilan sebagai Abe Ja dalam kalangan rakan-rakan di Akademi Youtuber.  Beliau juga merupakan pemilik Channel Muallim Hazar.  Muallim Hazar merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik.  Beliau telah pun mendirikan rumah tangga dan kini telah memiliki 4 orang cahaya mata terdiri daripada 2 orang putera dan 2 orang puteri.  Isteri beliau  merupakan seorang guru PPKI di SK Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur.

 

Muallim Hazar telah berkhidmat dalam dunia pendidikan sebagai guru Bahasa Arab selama 15 tahun, kini beliau sedang bertugas di SK Bandar Baru, Selangor.  Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis buku 100 Fakta Al-Quran dan 100 Fakta Muhammad SAW.  Beliau juga bergerak aktif sebagai seorang motivator dan penceramah keagamaan di sekitar Lembah Kelang.

 

Beliau menyertai Akademi Youtuber Malaysia bermula bulan Julai yang lalu dengan jumlah pengikut seramai 300 orang lebih.  Para pengikut Channel Muallim Hazar mula bertambah sejak menyertai AYU sehingga pada tarikh 14 Februari 2021, channel beliau telah mencapai 10K subscribers. Dan kini jumlah subscribers beliau telah mencecah sebanyak 12,500 subscribers.

 

Di Akademi Youtuber, beliau telah diamanahkan beberapa tanggungjawab. Antaranya: 

  • -        Sebagai Mentor untuk Batch 3 dan Batch 4
  • -        Bertindak sebagai ‘Content Planner’ untuk Live Streaming dan rakaman video dalam        channel peserta Akademi Youtuber.
  • -        QC Manager untuk memantau kualiti dari kandungan dan penyampaian  Live                    Streaming.
  • -        Ketua Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah

 

Tag Line beliau           :  Jom Up Sama-sama Abe Ja

Link Video Tahniah    :  https://www.youtube.com/watch?v=agZj0r3cvS0

Link Channel Abe Ja  :  https://www.youtube.com/c/MuallimHazar

 

Disediakan oleh:

 

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

Akademi Youtuber Malaysia

 Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama