Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

Pengorbanan & Ujian Berkongsi Ilmu @Tuisyen Percuma bersama AYU.


Assalamualaikum dan salam sejahtera🌹
3 Disember 2020 saya bergegas mengemas barang keperluan untuk live di streamyard pada 4 Disember jam 8.00 pagi. Saya diamanahkan untuk menjadi moderator pada kali ini. Sudah beberapa kali buat latihan line internet di rumah kurang stabil.. line unifi, celcom, u-mobile dan maxis semua dah langgan...tapi semua tak stabil juga..sungguh risau untuk tugasan kali ni. Saya terus capai telefon dan cari hotel berdekatan yang bajet sesuai (minggu lps semasa jadi pemerhati pun dah check in hotel juga😊.) Alhamdulillah dengan hati yang tekad setelah meminta izin suami (yang outstation masa tu) terus ke hotel M  (hotel E-P yang bersiaran minggu lepas kurang baik line internet nya.) Semasa "check-in" hotel M saya minta bilik yang paling dekat dekat router internet.. Alhamdulillah semasa latihan petang dan malam tu baik sahaja...
walaupun suara agak sedikit lambat sampai semasa bercakap. Berkali- kali berlatih untuk memastikan semuanya lancar.
Pagi yang dinanti pun tiba...
semalam pun tak berapa lena tidur kerana risau..doa..doa.. Namun..ujian..ada masalah juga..suara terputus dan sangat lambat menyebabkan program live pagi tu kurang lancar di pihak moderator. Saya tak putus-putus minta maaf dari rakan-rakan sekonti khususnya presenter ustzh Anisah (Alhamdulillah penyampaian presenter sangat bagus)
sudah tentu rasa sedih kerana permulaan kelas yang kurang lancar tersebut. Allah sahaja Maha Mengetahui betapa saya sedih dan rasa "down" pada masa tu..,😭😭😭 tapi cuba pujuk hati yang sayu... "sabarlah..kan kau dah berusaha mencari alternatif terbaik"...saya pasrah & redha walaupun masih dibebani rasa bersalah...😭😭Namun tetap bersyukur sahabat sepanitia memahami keadaanku...Terima kasih KP@ Us Hamdan yang cool dan beberapa sahabat yang sudi memberi kata-kata panawar. Semoga ada peluang lagi di lain waktu untuk saya perbaiki dan menyumbang untuk tuisyen AYU. Mohon maaf semua🙏

Link streaming tuisyen AYU @channel ustzh Anisah MS:
👇
https://youtu.be/Ark7djbsJcg

Link Youtube diriku yang masih mencari ruang ke challenge 5
#roadto1ksubscriber
👇👇👇
https://youtube.com/c/UstazahSalizaZainol

Terima Kasih AYU💕
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama