Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

"JIKA ADA JUAL SIGNAL, AKU SANGGUP MEMBELINYA DEMI MENYAMPAIKAN ILMU DALAM TALIAN" @Hasna…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam AYU Prihatin dan  salam #KitaBantuKita. Saya SITI MARIANA YUSIN, mengajar di sebuah sekolah pedalaman iaitu SMK Kemburongoh, Ranau Sabah. Saya merupakan salah seorang peserta Kumpulan Perintis Akademi Youtuber (AYU), Kelab Guru Malaysia dan eDidik Malaysia. Saya menyertai AYU dengan '0' pengetahuan tentang kemahiran pembuatan video hingga berjaya muat naik ke Youtube. Alhamdulillah, berkat amalan #KitaBantuKita dalam AYU, saya belajar banyak perkara secara percuma. Keprihatinan pihak manager AYU, YU Suffi, YU Zuly, YU AbeymatPB, dan para mentor kepada semua peserta menguatkan semangat saya melaksanakan segala task yang diberi. Salah satu cabaran yang hampir melemaskan saya selama berada dalam Akademi Youtuber adalah capaian internet yang tidak stabil. Setiap kali memuat naik video, saya terpaksa memandu lebih kurang 45 minit ke Pekan Ranau untuk mencari talian internet. Dalam tempoh yang sama saya membeli modem WIFI (Huawei). Capaian internet ada peningkatan tetapi tidak sampai ke tahap memuaskan. Masih saja memakan masa berjam-jam untuk muat naik video berdurasi 5-7 minit.

 


    Kini saya sedang berada dalam Challenge 4 dan mesti melaksanakan tugasan menggunakan streamyard sebagai pemerhati, moderator, presenter dan control host sebelum tugasan "All in one" yang membolehkan peserta mengadakan Live Streaming secara solo. Tugasan dalam Challenge 4 (C4) ini agak mencabar bagi saya sendiri yang tinggal di kawasan pedalaman. Keadaan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha melepasi semua cabaran C4. Ketika dalam penghujung Challenge 3 saya sudah membuat persediaan dengan membeli satu benda yang dikatakan dapat menyelesaikan masalah internet yang dipanggil "signal booster", namun talian internet tetap juga tidak stabil, kerana saya masih sukar untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Panitia melalui "Google Meet"

       


 

      Saya tidak mahu menyerah dan saya mesti melalui semua cabaran dalam C4. Sehubungan dengan itu, saya masuk konti buat pertama kalinya sebagai moderator pada 6 Disember 2020. Demi tugas tersebut, saya sanggup pergi menyewa hotel di pekan Ranau. Saya tidak mahu persembahan presenter pada ketika itu (Cikgu Zihan) terganggu. Alhamdulillah, cabaran sebagai moderator telah saya lalui dengan jayanya. Kemudian pada 13 Disember 2020, tiba giliran saya sebagai presenter. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani cabaran tersebut, sekali lagi saya pergi menyewa hotel di pekan Ranau, dan Alhamdulillah kelas tuisyen online yang kami adakan berjalan lancar. Cabaran C4 masih berbaki, mohon sahabat-sahabat AYU terus support dan doakan saya supaya tetap kuat untuk menyelesaikannya. Tidak lupa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan manager AYU, para mentor AYU, Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah Atas, sahabat-sahabat Batch 1 C4 dan ahli Panitia Bahasa Melayu khususnya atas keprihatinan, perkongsian, tunjuk ajar, bimbingan, dan sokongan kepada saya. Akademi Youtuber memang terbaik. Betullah seperti kata YU Suffi "sendirian kita biasa, bila bersama jadi luar biasa".


Ditulis Oleh : SITI MARIANA BINTI YUSIN


Link Video : https://youtu.be/e1rKgw-0XTc


Link Channel : https://www.youtube.com/c/HasnahMariana

 

 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama