Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

PANAS! BERITA TERKINI ! AKADEMI YOUTUBER PLATFORM KELAS TUISYEN PERCUMA DALAM TALIAN

1/11/2020 Tercatat dalam sejarah Akademi Youtuber apabila diterbitkan dalam akhbar tempatan Berita Harian tentang usaha guru-guru melaksanakan Tuisyen Percuma secara langsung dalam talian istimewa untuk semua pelajar di Malaysia.
Kejayaan ini bermula pada 1 Julai 2020 bermulanya perjalanan Akadami Youtuber mengorak langkah melatih guru-guru menjadi 'Content Creator' dengan menerbitkan video bagi kategori pendidikan. 

Alhamdulillah sehingga kini kita telah berjaya melatih 1,500 orang guru menguruskan Channel Youtube masing-masing. Berkaitan penerbitan video pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), ahli AYU secara berkolaborasi telah berjaya menerbitkan lebih 3,000 video sehingga kini. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dan AYU mensasarkan 10,000 Video diterbitkan untuk digunakan pada sesi persekolahan tahun 2021. 
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menyampaikan ilmu ke seluruh negara. AYU dibina atas semangat #kitabantukita yang membolehkan kita berkolaborasi menjayakan program di peringkat kebangsaan.



Terima kasih kepada barisan guru dan ibu bapa yang tidak henti memberi sokongan dan dorongan dengan memberi peluang kepada anak-anak didik mengikuti siaran langsung yang diadakan. Sehingga kini, setiap sesi Tuisyen Online Percuma ini dilaksana kita menerima minima lebih 1,000 views dan bertambah dari semasa ke semasa. Rekod membanggakan setakat ini Kelas Bahasa Arab yang dikendalikan oleh Yu. Muallim Hazar yang telah berjaya mendapat 10,000 views dalam tempoh 24 jam. Pencapaian ini satu rekod yang membanggakan kerana kepuasan mengajar seorang guru itu kini bukan hanya di dalam kelas dengan murid terhad, malah mampu tembus ke seluruh negara bertemu semua murid yang dahagakan ilmu pengetahuan. Manakala Cikgu Agila yang baru bersiaran buat pertama kali pada 4/11/2020 juga tidak menjangka sesi yang beliau kendalikan mendapat sambutan hangat sehingga ditonton seramai 1,500 penonton semasa bersiaran. Sokongan juga diberikan oleh ibu bapa apabila jumlah Subscriber beliau juga naik mendadak sehingga 2,000 Subscriber hanya dalam tempoh 24 jam. Sokongan ini adalah satu kekuatan untuk menjadikan Youtuber Akademi Youtuber terus menyumbang dan meningkatkan kualiti penyampaian dari semasa ke semasa. 


"Bermula PERCUMA, selamanya PERCUMA" 

"Sendirian kita biasa, bersama-sama jadi LUAR BIASA!"

"Percuma bukan tidak berharga, hanya untuk DIHARGAI"



Doakan kekuatan dan kesihatan semua Youtuber Akademi Youtuber agar terus dapat menyumbang idea serta tenaga demi pendidikan di Malaysia. 

Jadual Tuisyen Online Percuma - KLIK DI SINI
3,000 Video PDPC - KLIK DI SINI
Senarai Ketua Panitia - KLIK DI SINI


Yu. Suffi
Youtuber Manager
www.cikgusuffi.com

Yu. Mamat (abeymatpb)
Youtuber Manager
SU Kehormat eDidik Malaysia

eDidik Malaysia | Kelab Guru Malaysia | Akademi Youtuber Malaysia

#Kitabantukita
#AkademiYoutuber
#AYU





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama