KBAT ialah kemahiran berfikir aras tinggi. Soalan KBAT selalu dikaitkan dengan soalan yang sukar dan kurang digemari oleh para pelajar. Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kefahaman dan kemahiran menganalisis kehendak soalan. Mungkin kerana ia bukan soalan yang mudah dicari jawapannya di dalam buku teks atau buku rujukan, bahkan ia memerlukan sedikit usaha untuk memikirkan jawapan, maka ia dianggap soalan yang sukar dan selalu menjadi musuh utama para pelajar. Sebenarnya, soalan KBAT ini ada cara mudah dan senang untuk menjawabnya. Ustazah nak bantu para pelajar semua untuk minat dan dapat menjawab soalan KBAT ini dengan mudah! Nak tahu teknik mudah menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam PT3? Pernah dengar Piramid KBAT? Haa....nak tahu semua tu? Jom tonton video ringkas panduan teknik mudah menjawab soalan KBAT, khusus untuk Pendidikan Islam Tingkatan 3. Semoga bermanfaat untuk semua.
Tags
PDPC