Ta-da! Inilah hasil usaha #AdikBeradikAYU yang berkampung selama 3 hari 2 malam di HQ Pandai Education baru-baru ini.
Sebelum ini, kami hanya mengikuti perkembangan Portal Pandai dan Aplikasi Pandai sebagai pengguna, sambil mengagumi pencapaian serta sambutan luar biasa yang diterima.
Dalam hati, terdetik rasa kagum terhadap sebuah pasukan yang berkongsi minat, kepakaran dan visi yang sama dalam menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti.
Apabila pihak Pandai mengajak untuk berkolaborasi, peluang ini hadir tepat pada masanya. Seperti peribahasa orang mengantuk disorong bantal, ia menjadi ruang terbaik untuk terus berkarya dan menyumbang secara lebih bermakna.
Di Akademi Youtuber Malaysia (AYU), kami jarang bergerak bersendirian. Seiring dengan tagline kami, sendirian kita biasa, bersama-sama jadi luar biasa, semangat kerja berpasukan sentiasa menjadi kekuatan utama.
Hari ini, hasil kolaborasi ini dapat dilihat secara nyata. Sebagai permulaan, lebih 100 video Prasekolah telah berjaya diterbitkan, dan jumlah ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Pandai Teacher serta seluruh Youtuber Pendidikan Akademi Youtuber Malaysia (AYU), sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Usaha ini lahir daripada satu tekad murni demi memandaikan anak-anak didik di seluruh Malaysia.
Jom teroka Teach Zone di Pandai Teacher ✨
✨ Cikgu AYU kini turut dipaparkan di Laman Web Rasmi Pandai!
Maklumat lanjut boleh dilihat di: 🔎 Laman web rasmi Pandai Teacher:
🔎 Senarai penuh EduCreators:
Atau layari https://pandai.org , klik tab Teacher, kemudian pilih Pandai for Teachers dan EduCreators Showcase.
#TerusMenyala
#AkademiYoutuber
#EdufluencersPerak
#EdufluencersKPM
#CikguSuffi
#KitaBantuKita
