Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

Pandai × AYU : Di Sini Legasi Pendidikan Digital Bermula

 



Seramai 31 Ahli Akademi Youtuber berstatus Graduan telah berjaya menyertai Bengkel EduCreator MasterLab anjuran Pandai Education Sdn. Bhd. di Menara SUEZCAP pada 29 hingga 31 Disember 2025.




Kami menutup tirai 2025 dengan satu kolaborasi berimpak tinggi untuk masa depan pendidikan digital negara. Inisiatif ini bukan sahaja merancakkan perkembangan kandungan pendidikan, malah menyokong aspirasi Dasar Pendidikan Digital serta ekosistem pelantar DELIMa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menekankan pembelajaran fleksibel, kreatif dan berasaskan teknologi.

 




Usaha sebegini membuktikan bahawa apabila pendidik dan kreator kandungan bersatu, kita bukan sekadar menghasilkan bahan pembelajaran malah kita sebenarnya membantu memperkukuh landskap pendidikan digital negara. Ia selari dengan misi memastikan bahawa “Pendidikan Sentiasa Menang”, seiring komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang celik teknologi, berupaya meneroka ilmu secara kendiri dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.





Semuanya yang berkampung di sini hadir dari seluruh Malaysia, dari bandar hingga luar bandar, dari Borneo hingga ke Semenanjung dengan membawa satu semangat yang sama: kesediaan untuk menjayakan pendidikan digital sebagai agenda nasional. Tiga hari dua malam ini menjadi medan bertukar idea, menajamkan kemahiran penghasilan kandungan, serta membina jaringan sokongan yang selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.




Lebih istimewa, sepanjang sesi ini kami telah menghasilkan sesuatu yang mampu memberi nilai tambah kepada komuniti pendidikan, sesuatu yang direka untuk memanfaatkan pelajar, guru dan ekosistem DELIMa pada masa akan datang.





Semua peserta program, sama ada yang hadir secara bersemuka mahupun mengikuti sesi secara remote, turut diberikan Sijil Penghargaan oleh pihak Pandai Education sebagai tanda apresiasi terhadap komitmen, masa dan sumbangan mereka dalam menjayakan Bengkel EduCreator MasterLab. Pengiktirafan ini bukan sekadar simbol penyertaan, tetapi penghormatan kepada usaha setiap peserta dalam mengangkat kualiti pendidikan digital di Malaysia.












Nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Pandai. Ada sesuatu yang cukup bermakna telah berjaya kami hasilkan… dan kami tak sabar untuk kongsikannya dengan seluruh Malaysia.


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama