Tahniah Ustazah Wan Suhana! 🎉
Assalamualaikum wbt.
Pihak Akademi Youtuber (AYU) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustazah Wan Suhana atas pengiktirafan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sempena Majlis Apresiasi Guru bagi Kategori Pencipta Kandungan Digital Tahun 2025.
Kami di AYU amat berbangga dengan pencapaian ini. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf usaha gigih ustazah dalam dunia kandungan digital pendidikan, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pendidik seluruh Malaysia.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat ustazah untuk berkarya, berkongsi, dan memberi manfaat kepada lebih ramai murid serta komuniti pendidikan.
Syabas dan tahniah sekali lagi daripada seluruh warga Akademi Youtuber! 🌟📚
