Responsive Ad Slot


BIMBINGAN DAN KAUNSELING | FOKUS PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID | PONTENG SEKOLAH: KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN OLEH CIKGU ANUAR BK

No comments

11/06/2021




Unit Bimbingan dan Kaunseling mempunyai 4 bidang fokus utama iaitu Pembangunan & Perkembangan Sahsiah Diri Murid, Pendidikan Kerjaya Murid, Peningkatan Disiplin Diri Murid dan Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid. Ponteng Sekolah: Kesan dan Langkah Pencegahan merupakan perkongsian dari bidang fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid dan kesinambungan daripada video pembelajaran yang lepas iaitu Ponteng Sekolah: Apa dan Mengapa.


Isi pembelajaran di dalam perkongsian ini berkaitan kesan yang dialami oleh murid akibat perbuatan ponteng sekolah dan langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan oleh semua pihak seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat untuk sama-sama membendung permasalahan ini. Pencegahan permasalahan ponteng sekolah ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana perkara ini memerlukan kerjasama padu yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak.


Semoga perkongsian bahan pembelajaran ini dapat membantu semua guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan pengisian aktiviti dalam sesi PdPR ini.


Terima kasih atas sokongan anda semua.

 

✅PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=T7NXOw3U5jY

 

✅NAMA GURU  :  

CIKGU ANUAR BK (ANUAR BIN IBRAHIM)

 

✅SEKOLAH   : 

SK DUSUN TUA, HULU LANGAT, SELANGOR

 

✅SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/CIKGUANUARBK


BE YOURSELF, INSPIRE THE OTHERS”


❤️COUNSELLING T.E.A.M ❤️ 

“Train, Educate, Attract, Motivate”

 

 

#akademiyoutuber

#kitabantukita

#tuisyenpercuma


Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia