Responsive Ad Slot


Showing posts with label featured. Show all posts
Showing posts with label featured. Show all posts

10K SUBSCRIBER : REZEKI TANPA DIDUGA

No comments

27/02/2021


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 

Pada kali ini, saya bawakan kepada anda seorang lagi rakan youtuber daripada Akademi Youtuber Malaysia (AYU) yang berjaya mendapat 10K subscriber dalam  7 bulan sejak menyertai akademi pada bulan Julai yang lalu.  Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Wan Hazarudin Wan Hassan  yang berasal dari negeri Kelantan dan kini telah menetap di negeri Selangor.

 

Beliau lebih sinonim dengan panggilan sebagai Abe Ja dalam kalangan rakan-rakan di Akademi Youtuber.  Beliau juga merupakan pemilik Channel Muallim Hazar.  Muallim Hazar merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik.  Beliau telah pun mendirikan rumah tangga dan kini telah memiliki 4 orang cahaya mata terdiri daripada 2 orang putera dan 2 orang puteri.  Isteri beliau  merupakan seorang guru PPKI di SK Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur.

 

Muallim Hazar telah berkhidmat dalam dunia pendidikan sebagai guru Bahasa Arab selama 15 tahun, kini beliau sedang bertugas di SK Bandar Baru, Selangor.  Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis buku 100 Fakta Al-Quran dan 100 Fakta Muhammad SAW.  Beliau juga bergerak aktif sebagai seorang motivator dan penceramah keagamaan di sekitar Lembah Kelang.

 

Beliau menyertai Akademi Youtuber Malaysia bermula bulan Julai yang lalu dengan jumlah pengikut seramai 300 orang lebih.  Para pengikut Channel Muallim Hazar mula bertambah sejak menyertai AYU sehingga pada tarikh 14 Februari 2021, channel beliau telah mencapai 10K subscribers. Dan kini jumlah subscribers beliau telah mencecah sebanyak 12,500 subscribers.

 

Di Akademi Youtuber, beliau telah diamanahkan beberapa tanggungjawab. Antaranya: 

  • -        Sebagai Mentor untuk Batch 3 dan Batch 4
  • -        Bertindak sebagai ‘Content Planner’ untuk Live Streaming dan rakaman video dalam        channel peserta Akademi Youtuber.
  • -        QC Manager untuk memantau kualiti dari kandungan dan penyampaian  Live                    Streaming.
  • -        Ketua Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah

 

Tag Line beliau           :  Jom Up Sama-sama Abe Ja

Link Video Tahniah    :  https://www.youtube.com/watch?v=agZj0r3cvS0

Link Channel Abe Ja  :  https://www.youtube.com/c/MuallimHazar

 

Disediakan oleh:

 

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

Akademi Youtuber Malaysia

 Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema


MEMBERI VS MENERIMA

No comments

23/02/2021

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Kisah di sebalik tabir persediaan PdPR dan Kelas Tuisyen Online guru-guru Akademi Youtuber (AYU) perlu dijadikan inspirasi kepada kita agar tetap meneruskan perjuangan walaupun menghadapi pelbagai kekangan.  Keprihatinan dan kasih sayang guru AYU sungguh luar biasa kerana sanggup mendahulukan kepentingan anak didik agar tidak terpinggir di persada ilmu.

Cikgu Syazone dan pasukannya telah menjalankan Terjah Ziarah Cakna Part 2.  Mereka telah menziarahi anak didiknya di Kampung Paya Rambutan untuk menyampaikan modul PdPR kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2.  Pada masa yang sama beliau sentiasa  menemani isterinya masih dalam proses radioterapi di hospital Putrajaya.

Cikgu Fendy Hamid pula terpanggil untuk membantu salah seorang anak didik beliau iaitu Adik Nuqman apabila dia seringkali terkeluar dari Google Meet semasa kelas PdPR. Menurut bapa Nuqman anaknya mengalami kesukaran untuk meneruskan kelas online kerana terpaksa berkongsi telefon bimbit dengan ibu serta dua orang adiknya.  Maka Cikgu Fendy telah bersepakat dengan bekas pelajar MRSM Langkawi untuk melancarkan Tabung ‘Smatphone for Nuqman’ sehingga berjaya mengutip dana sebanyak RM600 dalam masa 30 minit sahaja.  Jumlah kutipan tersebut membolehkan Cikgu Fendy membeli telefon pintar Realme C15.  Pihak sekolah terutama Tuan Pengetua Tuan Haji Ahmad Othman dan Penolong Kanan Encik Usmardi Bin Mohd Hambali telah menyempurnakan sesi penyampaian Bantuan Telefon Pintar kepada Adik Nuqman.

Kesukaran Cikgu Basitah mengasuh dua orang anak istimewanya sedikitpun tidak menggugat tugas hakiki beliau.  Malah beliau sanggup mendukung anaknya yang bongsu semasa mengajar di dalam kelas. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pandangan sinis sebilangan masyarakat beliau terus tabah untuk meneruskan usaha beliau menggalas dua tugas dalam satu masa, sebagai seorang ibu dan seorang guru.  Petua beliau iaitu memberi biarlah ikhlas, sentiasa berlapang dada dan memberi tanya syarat.

Demi merealisasikan Kelas Tuisyen Online AYU, beberapa orang guru AYU sanggup melakukan pelbagai usaha agar dapat meneruskan kelas mereka.  Cikgu Jainah telah beberapa kali menyewa sebuah hotel di pekan Ranau iaitu agar mendapat liputan internet yang lebih lancar.  Begitu juga Ustazah Siti Mariana yang mengambil inisiatif menyewa hotel di pekan Ranau setiap kali terlibat dengan kelas tuisyen AYU.  Beliau terpaksa keluar mencari tempat yang ada liputan internet yang stabil.  Selepas selesai kelas pada pukul 6 petang, beliau bergegas pulang ke rumah yang mengambil masa lebih 45 minit, sebelum malam menjelma.  Untuk mengurangkan kos, beliau terpaksa bersiaran pula dari dalam kereta dengan menggunalkan ‘hotspot’ dari telefon bimbit sendiri.

Ustazah Saliza Zainol juga mengambil langkah yang sama dengan menyewa hotel semata-mata untuk bersiaran langsung untuk Kelas Tuisyen AYU.  Ustazah Mahfuzah pula menyediakan ‘green screen’ agar dapat bersiaran dari dalam keretanya sendiri untuk Kelas Tuisyen AYU.  Demi memastikan amanah sebagai presenter berjalan lancar, Ustazah Suziwan nekad menggunakan ruang dalam Masjid Darul Ulum, Sg Buloh, Selangor untuk bersiaran bagi Kelas Tuisyen Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5.

Halangan dan cabaran dalam bersiaran untuk Kelas Tuisyen AYU tidak menjejaskan semangat Cikgu Izyan Mardhiyah bt Halmi yang merupakan guru prasekolah.  Capaian internet yang masih rendah di kawasan kediaman menyebabkan beliau mengambil pelbagai inisiatif termasuk menggunakan talian internet di rumah adiknya dengan merentas daerah semasa PKP.  Selain itu, beliau pernah menggunakan kelas prasekolah di SK Sijangkang, Telok Panglima Garang dengan bantuan suami dan pengawal keselamatan menyediakan studio untuk bersiaran. Prinsip beliau ‘LIVE DI MANA-MANA’ menjadi kenyataan kerana beliau pernah bersiaran dari homestay semasa majlis perkahwinan sepupunya dan di salah sebuah hotel bajet di Pontian, Johor semasa cuti sekolah. Beliau berasa segala masalah dan cabaran harus ditempuhi kerana semuanya pasti ada jalan penyelesaian.

Begitulah kegigihan para pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Mereka sanggup memberi dengan penuh ikhlas tanpa meminta sebarang imbuhan. Semoga pengorbanan mereka menjadi penyuntik semangat kepada kita untuk meneruskan tugas sebagai seorang pendidik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai reaksi negatif dari sebilangan masyarakat.  Anggaplah segala pandangan negatif dan sebagai satu cabaran agar kita tidak mudah berputus asa dan kecewa.  Anggaplah segala caki maki atau sindiran segelintir masyarakat sebagai pemikiran manusia yang belum matang.  Sesungguhnya ilmu yang dititip oleh para pendidik pasti akan menjadi ladang pahala kelak.

 

 Oleh itu, saya telah menerbitkan video khas untuk menghargai pengorbanan guru-guru AYU. Rakan-rakan AYU dijemput untuk memberi komen dalam ruang komen video tersebut agar saya dapat memperbaik segala kekurangan.

 https://youtu.be/4V2I-5OUpNs

Disediakan oleh,

Yu. Nora @cikgunora03

AYU Press Official

Akademi Youtuber Malaysia

 

 


Congratulations Teacher Mage!

No comments

20/02/2021

 


This posting is especially dedicated to Teacher Umamageswary Muniandy or dearly known as Teacher Mage. Teacher Mage is currently teaching at SK Sungai Dua, Penang. She is active in publishing tutorial videos on using digital applications to enhance teaching and learning in her YouTube channel.

 

Her excitement and non-stop effort in sharing her knowledge through the videos she published in her YouTube channel had made it possible for her to be invited as a speaker in a national level webinar which was held from 9th to 11th February 2021.  She was one of the speakers in TVET Resetting Norms Webinar Series 2021 which was organised by the Center for eLearning & Teaching, Instructional & Digital Learning Division, Polytechnic & Community College Educational Department, Ministry of Education Malaysia.

 

In the webinar, Teacher Mage shared tips and tricks of conducting teaching and learning in the new norm, specifically on ‘Activities and Tools to increase students’ involvement during online teaching and learning’.

 

Teacher Mage expressed her gratitude towards Akademi Youtuber for the opportunity to learn and upgrade her ICT skills. The experiences she gained in giving tutorials to fellow AYU teachers and conducting live-streaming tuition classes several times have made it easier for her to speak during the webinar.

Congratulations Teacher Mage!

 

Visit Teacher Mage’s Channel: https://www.youtube.com/c/TCHERMAGE

 

Teacher Mage tutorial videos playlist: https://youtube.com/playlist?list=PLFALkKHdYpUbM1Vrj-QeBMNW29PJmypbH

 

 

#initiallyfreeforeverfree

#aloneweareordinarytogetherwebecomeextraordinary

 

Written by,

Cikgu Hana@Nurulhana2000

AYU Press Official

Akademi YouTuber

 

Video link: https://www.youtube.com/watch?v=sxpn40E5gyM

 

Cikgu Hana’s Channel: https://youtube.com/c/CikguHana

TAHNIAH ZATUSY NAIM DAN HIDAYAH

No comments

19/02/2021

 



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

 

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNP) telah menganjurkan satu pertandingan #09EduYoutubersChallenge2020 bagi peringkat negeri Perlis.  Di antara kategori yang dipertandingkan ialah,

  • 1.    Kategori Video PdPc (Guru)
  • 2.    Kategori Video PdPc (Murid) Rendah
  • 3.    Kategori Video PdPc (Murid) Menengah dan Pra-U
  • 4.    Channel Sekolah
  • 5.    Channel Guru
  • 6.    Channel Murid

 

Keputusan pertandingan telah diumumkan melalui saluran SSTP JPN Perlis pada 16 Februari 2021.  Alhamdulillah, bagi kategori channel guru terbaik, dua orang rakan guru dari Akademi Youtuber telah diisytiharkan sebagai pemenang.

 

Cikgu Zatusy Syamam binti Naim dari SK Tambun Tulang, Arau, Perlis telah memenangi tempat pertama, manakala cikgu Nur Hidayah binti Adnan dari SMK Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri) Perlis telah menduduki tempat keempat.  Syabas dan tahniah diucapkan.

 

Semua pemenang tempat kelima hingga tempat pertama akan mendapat sijil penghargaan, manakala penyertaan lain akan mendapat sijil penyertaan. Satu Majlis Anugerah Pendigitalan yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan hanya pemenang tempat  pertama, kedua dan ketiga sahaja akan dijemput untuk menerima anugerah.  Saya akhiri dengan serangkap pantun,

 

Pertandingan diikuti selesailah sudah,

Segala syarat telah diredah;

Anugerah terindah diumum sudah,

Terukir kenangan di lipatan sejarah.

Link Video Penghargaan                :  https://www.youtube.com/watch?v=0Vg89XniGOE 

Link Channel Zatusy Naim    :  https://www.youtube.com/c/ZatusyNaim

Link Channel Cikgu Hidayah : https://www.youtube.com/c/CikguHidayah 

 

Disediakan oleh,

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

 

Link Channel  :  https://youtuber.com/c/UmiJuema

MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU KEEMPAT

No comments

18/02/2021

  


❤️❤️MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR ❤️❤️


LANGKAH UNTUK MENYERTAI MISI PENCARIAN  :


1. Daftar untuk dapatkan ID-AYU masing-masing. Link pendaftaran : https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html


2. Ulangkaji dengan menjawab soalan yang telah disediakan sebagai latihan untuk menduduki ujian akhir yang akan menentukan siapa Ikon eDidik Junior untuk subjek terpilih. 


ULANGKAJI MINGGU 1 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior.html

ULANGKAJI MINGGU 2 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_3.html

ULANGKAJI MINGGU 3 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_10.html

ULANGKAJI MINGGU 4 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_18.html


UJIAN AKHIR PENENTUAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU 5 : AKAN DATANG

Rome is not built in one day

No comments

 


Let us do some reflection on DIDIK TV.

 

Some people say KPM should have started DIDIK TV since PKP started March 2020.  Well, firstly, back then nobody knows how long Covid-19 is going to last.  Everybody was hoping things will be back to normal soon enough.  Unfortunately, that is not the case.

 

Secondly, it takes a lot of thinking, planning and preparation to venture into such a big scale project like this.  Rome is not built in one day.

 

Even when DIDIK TV is launched, it does not mean that the program is already perfect.  It is still in its infancy stage.  Let us support this program, not condemn it.

 

Then there is the issue of ‘somebody’ condemning the grammar and pronunciation of a science teacher teaching in English.  Science teachers are not trained to speak English. They are content expert of science, not English.  The teacher is brave enough willing to contribute for the benefit of students all over Malaysia. I cannot imagine an English content expert teaching science subject.  Can the students understand the science content that she/he is trying to teach?

 

I salute you, science teacher, for having the courage to teach science in English in front of the tv camera.  You have a lot of tasks at school – PdPr, daily PdPr report, preparation of online class materials, administrative tasks, etc, but you still make the time and effort to contribute. 

 

Thank you, teacher, for making the effort.

Thank you, teacher, to represent teachers all over Malaysia who are already very busy with our ‘tugas hakiki’ but still make the effort to contribute to society.

 

Thank you, teacher, for staying strong even though some segment of the society still tries to find our faults and hit it in a cruel way. We are open to kind words of guidance…

 

We at Akademi Youtuber, our hearts go out with you.  When we started teaching online all over Malaysia in YouTube in October 2020, we are not perfect too.  There are some weaknesses and mistakes, but we always upgrade our SOP and quality along the way. 

 

Quality is a process, not an overnight thing. 

 

Be brave teacher.  We, teachers at Akademi Youtuber (http://www.akademiyoutuber.com/) are behind you.  Thank you, teacher, for your ‘all in one’ task to go online.  May Allah bless you and all the teachers in Malaysia.  Aameen

 

Written by

Teacher Yuhaida @YuhaidaYusof

Akademi YouTuber

 Visit Teacher Yuhaida's Channel https://www.youtube.com/user/yuhaidabtp


Published by,

AYU PRESS OFFICIAL

 18.2.2021


🔴 [LIVE] WACANA ILMIAH AKADEMI YOUTUBER : MAJLIS MUNAJAT PERDANA SPM, STPM & STAM #15

No comments

17/02/2021

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akademi Youtuber Malaysia dengan Kerjasama Edidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia akan menganjurkan Wacana Ilmiah Akademi Youtuber : Majlis Munajat Perdana SPM, STPM & STAM. Majlis Munajat Perdana ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Februari 2021 (Jumaat)
Masa : 10:30 pagi – 12:00 tengahari

Link siaran langsung :
https://www.youtube.com/watch?v=7rTqe8YUnMY


Borang Hajat : 

https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-nama-untuk-majlis-bacaan-yaasin.html

Antara pengisian Majlis Munajat Perdana ini ialah :
- Zikir Munajat
- Bacaan Yasin
- Motivasi Peperiksaan

Kami menjemput para guru, ibubapa, pelajar-pelajar terutamanya calon peperiksaan dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga ianya akan menjadi salah satu asbab kecemerlangan anak-anak kita. Amin!

Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
https://t.me/eDIDIKMalaysia
https://t.me/KelabGuruMalaysia

1st Runner Up Wow PDPC Video! Congratulations Blessed Fairy!

No comments

 


Assalamualaikum and good day to all,

Congratulations to AYU Teacher Farida binti Mohamad from SM Teknik TAR Putra, Penang, the proud owner of Blessed Fairy YouTube Channel.

 

Teacher Farida had won the second place in a Wow teaching and learning Video competition which was held when she attended a national level programme called ICT and Digital Literacy for Teachers and Instructors which was jointly organised by The Technical and Vocational Education Department, Malaysia Research Institute for Education and Training (My Rivet) and Unesco-Univoc.

 

Teacher Farida expressed her heartfelt gratitude to all the mentors, and everyone concerned in Akademi Youtuber in her appreciation note video. She added that it is because of AYU, she learned a lot about YouTube and video editing. 

She shared that among the criteria taken into consideration for winning are set induction, use of educational technology, students' interaction, and involvement during or after lesson activities.

You can watch her full video using this link https://www.youtube.com/watch?v=6E5igf_8arU

You can check out her winning video here too https://youtu.be/mO6xSP1BFeQ

 

#initiallyfreeforeverfree

#aloneweareordinarytogetherwebecomeextraordinary

 

By,

Cikgu Hana @Nurulhana2000

AYU Press Official

Akademi YouTuber

Video link: https://youtu.be/TegYD9xwy1M

Cikgu Hana’s Channel: https://youtube.com/c/CikguHana

 


GURU-GURU AYU BERSIARAN DI ntv7

1 comment


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Guru-guru di Akademi Youtuber mengorak langkah setapak lagi apabila Pihak ntv 7 dan BSTP telah memberi ruang dan peluang kepada guru-guru hebat untuk bersiaran di kaca TV.  Menjelang 28 Januari 2021, sebilangan guru daripada Akademi Youtuber Malaysia  telah bersiaran di saluran ntv 7.  Antara program yang diperkenalkan ialah Break Out dan Road To Susccess SPM 2021 melalui Saluran DIDIK TV.


Menurut Cikgu Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad, SMK Sulaiman, Bentong, Pahang, kedua-dua program berkenaan membolehkan guru-guru AYU berkongsi tips-tips berkaitan persediaan dan tips menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Mereka berpeluang muncul di NTV7 setelah nama-nama mereka dicadangkan oleh Cikgu Muhammad Suffi bin Yusoff, Youtuber Manager di Akademi Youtuber Malaysia  kepada pihak berkenaan. 

Manakala, Program Road To Success SPM 2021 adalah permintaan daripada  BSTP dan BPN.  Rakaman untuk program itu telah bermula pada 30 Januari 2021.  Program tersebut telah mula bersiaran mulai 7 Februari 2021.

Antara guru-guru yang terlibat ialah:


1.  Yuhaida binti Yusof

      SMK Taman Desa, Rawang, Selangor.

      link  Channel :  https://youtube.com/c/yuhaidabtp

 

2.  Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad

     SMK Sulaiman, Bentong, Pahang

     link Channel  :  https://youtube.com/c/MrFitChannel 

3.  Aini binti Sibin

      Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu, Sabah

      link  Channel :  https://youtube.com/c/cikguAini 


4.  Yusnida binti Yusof

      SMK Hamzah, Machang, Kelantan

      link  Channel :  https://youtube.com/yuyusnida 


5.  Aisah binti Seydalavi

      Kolej Tingkatan Enam, Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor

      link  Channel :  http://youtube.com/c/AisahSeydalavi 

6.  Cheah Yit Ying

      Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

      link  Channel :  http://youtube.com/c/MsCheah2Y 


7.  Lim Yiet Im

      Kolej Tingkatan Enam, Tapah, Perak

      link  Channel :  https://youtube.com/c/TeaCherIm 


8.  Lieu Ai Lin

      SMK Dato Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor

      link  Channel :  https://youtube.com/TeacherAilin 


9.  Zainariah binti Abdullah

      SMK Tunku Ampuan DUrah, Seremban, Negeri Sembilan

      link  Channel :  http://youtube.com/c/ZainariahAbdullah 

10.  Yee Mei Har

       Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah, Melaka

       link  Channel :  https://www.youtube.com/c/MeiHarYee 


11.  How Day Chyun

       Pusat Tingkatan Enam, SMJK Chung Ling, Butterworth, Pulau Pinang

       link  Channel :  http://youtube.com/howdcstpm 


12.  Mohd Rizal bin Mat Arik

       SMK Sultan Yussuf, Kinta Selatan, Perak

       link  Channel :  http://www.youtube.com/c/CikguRizal 


13.  Nor Hidayah binti Mohd Yusoff

       PTE SMK Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang

       link  Channel :  https://youtube.com/c/HidayahYusoff0808 


14.  Lau Chai Wee

       SMK Tinggi Klang, Selangor

       link  Channel :  https://youtube.com/c/ViviLau 

15.  Nurnaini binti Harun

       SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terennganu, Terengganu

       link  Channel :  https://youtube.com/c/NurnainiHR 


16.  Mohamad Isa bin Ibrahim

        SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Changkat Jering, Perak

        link  Channel :  http://youtube.com/CfuAsakuChannel 


17.  Rita binti Bahan

       Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu, Sabah

       link  Channel :  http://www.youtube.com/c/ticerrita 


18.  Mat Julih bin Talip

       Pusat Tingkatan Enam, Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

       link  Channel :  http://YouTube.com/c/CIKGUMJ 


Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil alih ntv7 dan akan menjadikan channel TV ni sebagai channel pendidikan dan pembelajaran secara penuh dengan nama baru iaitu DIDIK TV pada 17 Februari ini. 

SELAMAT TINGGAL ntv7 (1998-2021)

https://www.youtube.com/watch?v=JfxcKZQ5EVI&t=4s

Disediakan oleh,


Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

17 Februari 2021

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema

MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU KETIGA

No comments

10/02/2021

 



❤️❤️MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR ❤️❤️


LANGKAH UNTUK MENYERTAI MISI PENCARIAN  :


1. Daftar untuk dapatkan ID-AYU masing-masing. Link pendaftaran : https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html


2. Ulangkaji dengan menjawab soalan yang telah disediakan sebagai latihan untuk menduduki ujian akhir yang akan menentukan siapa Ikon eDidik Junior untuk subjek terpilih. 


ULANGKAJI MINGGU 1 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior.html

ULANGKAJI MINGGU 2 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_3.html

ULANGKAJI MINGGU 3 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_10.html


ULANGKAJI MINGGU 4 :  AKAN DATANG

UJIAN AKHIR PENENTUAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU 5 : AKAN DATANG

10K SUBSCRIBER!!! INI ADALAH REALITI

No comments

 


Assalamualaikum  dan salam sejahtera

 

Pada episod kali ini, saya membawakan kepada anda, seorang lagi guru hebat yang berjaya mencapai 10k subscriber dalam masa 7 bulan, selepas kejayaan yang diraih oleh Cikgu Linn Zack.  6 Februari 2021 merupakan tarikh keramat kepada Channel Call Me Miss Ain untuk dikenang.

 

Beliau yang dimaksudkan ialah pemilik kepada Channel Call Me Miss Ain.  Nurul Ain binti Jamalludin Al Amini merupakan anak kepada pasangan bahagia, Encik Jamalludin Al Amini bin Hj Ahmad dan Puan Ruziah Hanim binti Hamzah.

 

Anak ketiga daripada 5 beradik ini telah dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 20 Mei 1989.  Beliau lebih dikenali sebagai Miss Ain dalam kalangan rakan-rakan.  SK Manjoi Satu, Ipoh, Perak merupakan sekolah tempat beliau menabur jasa dan bakti sekarang.

 

Terkesan dengan PKP dan pelaksanaan kelas PDPR secara online, beliau terpanggil untuk menghasilkan video mengikut Kurikulum CEFR Aligned. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Miss Ain pula apabila video-video beliau menjadi rujukan guru-guru Bahasa Inggeris.  Sebagai seorang Jurulatih Utama (JU) Bahasa Inggeris CEFR tahun 4 dan 5,  kejayaan ini adalah satu kebanggaan.

 

Berpegang teguh kepada satu tips: “Betulkan Niat, Ikhlaskan Diri”, In Shaa Allah, segala urusan dipermudahkan.  Sama-sama kita saksikan video penghargaan daripada Miss Ain. 

 https://www.youtube.com/watch?v=fpB-VgM-nFA


Yang indah ialah kenangan,

Yang mesra ialah ingatan;

Yang molek ialah pemberian,

Yang menarik ialah persembahan.


Disediakan oleh,

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official.

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema

Koleksi Tutorial Mudah PdPR 2021 istimewa untuk guru Malaysia.

No comments
Koleksi Tutorial Mudah PdPR 2021 istimewa untuk guru Malaysia. 

1. SET LIMIT RESPONSE GOOGLE FORM DALAM 3 MINIT
2. MENCARI WEB CAMERA YANG BERKUALITI UNTUK PDPR? MEET ATAU YOUTUBE?
3. TUTORIAL WEB PAINT DI GOOGLE MEET
4. TUTORIAL RINGKAS UNTUK MEMBUAT INTRO DAN OUTRO MUDAH DENGAN CANVA
5. TUTORIAL SPLIT SCREEN GOOGLE MEET/ WINDOW.
6. GUNA CAMSCANNER DAN UPLOAD DI GC
7. AUTO TANDA KEHADIRAN MURID DALAM GOOGLE MEET
8. RAKAM SKRIN KOMPUTER YANG MUDAH, PERCUMA DAN TIADA WATERMARK
9. CARA MUDAH BUAT VIDEO PDPC GUNA V RECORDER
10. TUTORIAL- CARA MENGEDIT LEMBARAN KERJA BERBENTUK PDF
11..... dan banyak lagi! Klik di sini :  https://www.akademiyoutuber.com/search/label/Tutorial

#kitabantukita ❤️❤️

Video 10K??

No comments

08/02/2021


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 







Sabar itu manis…sabar itu manis…Kata-kata yang dilafazkan oleh Yu Linn Zack ketika saya meminta beliau menceritakan pengalaman pahit manis dalam menghasilkan video selama berada dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU). Saya terpanggil untuk menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terbitan sulung saya kali ini. Tanggal 1 Februari 2021 merupakan detik yang penuh bermakna kepada Yu Linn Zack, pereka grafik AYU, kerana berjaya mencapai angka 10K subscriber dalam tempoh 7 bulan.

 

       Benar kata pujangga ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya`. Hal ini membuktikan jika tiada usaha berserta komitmen yang tinggi, mana mungkin seseorang akan mencapai hasrat atau impiannya. Untuk mencapai kejayaan juga perlukan pengorbanan masa, tenaga dan orang di sekeliling kita. Pengalaman hidup orang lain juga boleh kita jadikan sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagaimanakah beliau berjaya menghasilkan video pdpdc dan tutorial sehingga mencapai target 10K subcribers? Dan siapakah orang penting di sebalik kejayaan beliau?

Jom kita dengar luahan rasa dari Yu Linn Zack dalam video berdurasi 12.42 minit, yang diterbitkan khas untuk Buletin AYU. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau kerana membenarkan video ini dimuat naik melalui channel Youtube saya.Terima kasih Yu Linn Zack!

 

Rakan-rakan AYU dijemput untuk memberi komen di bahagian deskripsi video di atas agar saya dapat memperbaik segala kekurangan.


Link Video  :  https://youtu.be/n5uZTVZH6dU

 

Disediakan oleh,

Cikgu Nora @cikgunora03

AYU Press Official. 

ADA APA DENGAN WOW (WORDS OF WISDOM) ??

No comments

07/02/2021

Pandemik Covid-19, telah memberikan kesan yang mendalam kepada sektor pendidikan negara, para guru dan murid tidak lagi dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Akibatnya, ada murid yang mula hilang semangat untuk belajar, dan ada juga yang terkesan kesihatan mentalnya disebabkan pelbagai cabaran dalam proses perintah kawalan pergerakan mereka.

Menyedari hal ini, Panitia Bimbingan dan Kaunseling Akademi Youtuber Malaysia, dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia, telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah program motivasi iaitu Words of Wisdom (Wow). Tujuan penubuhan program ini adalah untuk memberikan bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Turut menyasarkan para guru dan ibu bapa, program ini terdiri daripada empat segmen utama, iaitu Boost Up Yourself, Positive Parenting, Ikon Inspirasi dan Sihat Minda Bahagia Jiwa. Mula bersiaran secara langsung buat kali pertama pada 15 Januari 2021, program yang diusahakan oleh Cikgu Anom Hawa bersama lima orang ahli panitia yang lain ini sentiasa menampilkan tetamu jemputan yang berkaliber dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Setelah empat minggu ke udara, buat kali pertamanya mereka membawakan segmen Minda Sihat Bahagia Jiwa dengan tajuk perbincangan Speaks Your Minds. Tetamu undangan pada kali ini adalah seorang penceramah yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam mengendalikan pembelajaran dan latihan. Ditemani tiga orang ahli Panitia Bimbingan dan Kaunseling iaitu Cikgu Tinah binti Naim, Cikgu Nur Fatimah binti Razali dan Cikgu Farrida Binti Mohd Ghazali, En Mohd Shariman Che Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Long, kini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Felda Technoplant Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Beliau seringkali diberi kepercayaan sebagai pengendali dan penceramah program oleh pelbagai syarikat kerajaan dan swasta, malah pernah muncul di kaca televisyen sebagai panelis TV Al-Hijrah selama 8 siri pada tahun 2017.

Berbicara mengenai persepsi oleh minda yang menghasilkan tindakan susulan, En Shariman menerangkan bahawa terdapat lima elemen yang akan menyebabkan sesebuah persepsi terbentuk iaitu visual, audio, kinesthetic, olfactory dan gustatory. Apa yang dilihat, didengar dan dirasa terutamanya akan menghasilkan pelbagai persepsi, justeru minda yang sihat akan memainkan peranan untuk mengawal dan menapis kelima-lima aspek tersebut agar persepsi yang dihasilkan adalah persepsi yang positif dan seterusnya menghasilkan tindakan yang baik. Adalah penting untuk kita mengawal persepsi diri, memandangkan ia akan memberikan impak terhadap keadaan mental, emosi, fisiologi dan juga tingkah laku.

Menurut En. Shahriman juga, minda yang sihat adalah minda yang tenang dan jelas tentang kehidupan. Justeru, adalah penting untuk kita menapis dan mengawal persepsi dengan ‘membuang’ perkara-perkara yang tidak perlu atau memberikan kesan negative kepada diri kita. Meskipun kita tidak mampu untuk mengawal sikap dan tutur kata orang lain terhadap kita, namun kita boleh mengawal pemikiran kita untuk sentiasa memikirkan kesan yang akan diperolehi atas setiap Tindakan yang kita lakukan. Kita juga perlu menanam kepercayaan yang tinggi terhadap diri kita, agar perkara negative yang diucapkan tentang diri kita tidak memberi kesan yang buruk ke atas pemikiran. Walaubagaimanapun, jika keadaan tersebut berterusan, kita perlulah berhadapan dengan individu tersebut secara berhemah untuk mendapatkan penyelesaian.

Walaupun berhadapan dengan beberapa masalah teknikal sepanjang program berlangsung, rata-rata penonton memberikan maklum balas yang positif terhadap penyampaian santai tetapi penuh semangat oleh En. Shariman, dan memuji ketenangan Cikgu Tina, Cikgu Nur Fatimah dan Cikgu Farrida dalam mengendalikan situasi tersebut. Senyuman yang sentiasa terukir di wajah mereka menambahkan semangat kepada ribuan penonton untuk kekal bersama mereka sehingga ke hujung rancangan.

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini sedikit sebanyak memberikan ilmu kepada para guru, ibu bapa dan murid untuk mencetuskan minda yang sihat dalam mengawal persepsi mereka, agar dapat terus bertahan menghadapi cabaran dalam pendidikan sepanjang pandemik ini. Memetik motto Panitia Bimbingan dan Kaunseling, Be Yourself, Inspire the Others. 

https://youtu.be/yeZvth5Pm2o

 Disediakan oleh:

Arma Yusof @Armayusof

AYU Press Official 



Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia