Responsive Ad Slot


Showing posts with label featured. Show all posts
Showing posts with label featured. Show all posts

MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU KETIGA

No comments

10/02/2021

 



❤️❤️MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR ❤️❤️


LANGKAH UNTUK MENYERTAI MISI PENCARIAN  :


1. Daftar untuk dapatkan ID-AYU masing-masing. Link pendaftaran : https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html


2. Ulangkaji dengan menjawab soalan yang telah disediakan sebagai latihan untuk menduduki ujian akhir yang akan menentukan siapa Ikon eDidik Junior untuk subjek terpilih. 


ULANGKAJI MINGGU 1 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior.html

ULANGKAJI MINGGU 2 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_3.html

ULANGKAJI MINGGU 3 :  https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior_10.html


ULANGKAJI MINGGU 4 :  AKAN DATANG

UJIAN AKHIR PENENTUAN IKON EDIDIK JUNIOR MINGGU 5 : AKAN DATANG

10K SUBSCRIBER!!! INI ADALAH REALITI

No comments

 


Assalamualaikum  dan salam sejahtera

 

Pada episod kali ini, saya membawakan kepada anda, seorang lagi guru hebat yang berjaya mencapai 10k subscriber dalam masa 7 bulan, selepas kejayaan yang diraih oleh Cikgu Linn Zack.  6 Februari 2021 merupakan tarikh keramat kepada Channel Call Me Miss Ain untuk dikenang.

 

Beliau yang dimaksudkan ialah pemilik kepada Channel Call Me Miss Ain.  Nurul Ain binti Jamalludin Al Amini merupakan anak kepada pasangan bahagia, Encik Jamalludin Al Amini bin Hj Ahmad dan Puan Ruziah Hanim binti Hamzah.

 

Anak ketiga daripada 5 beradik ini telah dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 20 Mei 1989.  Beliau lebih dikenali sebagai Miss Ain dalam kalangan rakan-rakan.  SK Manjoi Satu, Ipoh, Perak merupakan sekolah tempat beliau menabur jasa dan bakti sekarang.

 

Terkesan dengan PKP dan pelaksanaan kelas PDPR secara online, beliau terpanggil untuk menghasilkan video mengikut Kurikulum CEFR Aligned. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Miss Ain pula apabila video-video beliau menjadi rujukan guru-guru Bahasa Inggeris.  Sebagai seorang Jurulatih Utama (JU) Bahasa Inggeris CEFR tahun 4 dan 5,  kejayaan ini adalah satu kebanggaan.

 

Berpegang teguh kepada satu tips: “Betulkan Niat, Ikhlaskan Diri”, In Shaa Allah, segala urusan dipermudahkan.  Sama-sama kita saksikan video penghargaan daripada Miss Ain. 

 https://www.youtube.com/watch?v=fpB-VgM-nFA


Yang indah ialah kenangan,

Yang mesra ialah ingatan;

Yang molek ialah pemberian,

Yang menarik ialah persembahan.


Disediakan oleh,

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official.

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema

Koleksi Tutorial Mudah PdPR 2021 istimewa untuk guru Malaysia.

No comments
Koleksi Tutorial Mudah PdPR 2021 istimewa untuk guru Malaysia. 

1. SET LIMIT RESPONSE GOOGLE FORM DALAM 3 MINIT
2. MENCARI WEB CAMERA YANG BERKUALITI UNTUK PDPR? MEET ATAU YOUTUBE?
3. TUTORIAL WEB PAINT DI GOOGLE MEET
4. TUTORIAL RINGKAS UNTUK MEMBUAT INTRO DAN OUTRO MUDAH DENGAN CANVA
5. TUTORIAL SPLIT SCREEN GOOGLE MEET/ WINDOW.
6. GUNA CAMSCANNER DAN UPLOAD DI GC
7. AUTO TANDA KEHADIRAN MURID DALAM GOOGLE MEET
8. RAKAM SKRIN KOMPUTER YANG MUDAH, PERCUMA DAN TIADA WATERMARK
9. CARA MUDAH BUAT VIDEO PDPC GUNA V RECORDER
10. TUTORIAL- CARA MENGEDIT LEMBARAN KERJA BERBENTUK PDF
11..... dan banyak lagi! Klik di sini :  https://www.akademiyoutuber.com/search/label/Tutorial

#kitabantukita ❤️❤️

Video 10K??

No comments

08/02/2021


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 







Sabar itu manis…sabar itu manis…Kata-kata yang dilafazkan oleh Yu Linn Zack ketika saya meminta beliau menceritakan pengalaman pahit manis dalam menghasilkan video selama berada dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU). Saya terpanggil untuk menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terbitan sulung saya kali ini. Tanggal 1 Februari 2021 merupakan detik yang penuh bermakna kepada Yu Linn Zack, pereka grafik AYU, kerana berjaya mencapai angka 10K subscriber dalam tempoh 7 bulan.

 

       Benar kata pujangga ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya`. Hal ini membuktikan jika tiada usaha berserta komitmen yang tinggi, mana mungkin seseorang akan mencapai hasrat atau impiannya. Untuk mencapai kejayaan juga perlukan pengorbanan masa, tenaga dan orang di sekeliling kita. Pengalaman hidup orang lain juga boleh kita jadikan sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagaimanakah beliau berjaya menghasilkan video pdpdc dan tutorial sehingga mencapai target 10K subcribers? Dan siapakah orang penting di sebalik kejayaan beliau?

Jom kita dengar luahan rasa dari Yu Linn Zack dalam video berdurasi 12.42 minit, yang diterbitkan khas untuk Buletin AYU. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau kerana membenarkan video ini dimuat naik melalui channel Youtube saya.Terima kasih Yu Linn Zack!

 

Rakan-rakan AYU dijemput untuk memberi komen di bahagian deskripsi video di atas agar saya dapat memperbaik segala kekurangan.


Link Video  :  https://youtu.be/n5uZTVZH6dU

 

Disediakan oleh,

Cikgu Nora @cikgunora03

AYU Press Official. 

ADA APA DENGAN WOW (WORDS OF WISDOM) ??

No comments

07/02/2021

Pandemik Covid-19, telah memberikan kesan yang mendalam kepada sektor pendidikan negara, para guru dan murid tidak lagi dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Akibatnya, ada murid yang mula hilang semangat untuk belajar, dan ada juga yang terkesan kesihatan mentalnya disebabkan pelbagai cabaran dalam proses perintah kawalan pergerakan mereka.

Menyedari hal ini, Panitia Bimbingan dan Kaunseling Akademi Youtuber Malaysia, dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia, telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah program motivasi iaitu Words of Wisdom (Wow). Tujuan penubuhan program ini adalah untuk memberikan bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Turut menyasarkan para guru dan ibu bapa, program ini terdiri daripada empat segmen utama, iaitu Boost Up Yourself, Positive Parenting, Ikon Inspirasi dan Sihat Minda Bahagia Jiwa. Mula bersiaran secara langsung buat kali pertama pada 15 Januari 2021, program yang diusahakan oleh Cikgu Anom Hawa bersama lima orang ahli panitia yang lain ini sentiasa menampilkan tetamu jemputan yang berkaliber dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Setelah empat minggu ke udara, buat kali pertamanya mereka membawakan segmen Minda Sihat Bahagia Jiwa dengan tajuk perbincangan Speaks Your Minds. Tetamu undangan pada kali ini adalah seorang penceramah yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam mengendalikan pembelajaran dan latihan. Ditemani tiga orang ahli Panitia Bimbingan dan Kaunseling iaitu Cikgu Tinah binti Naim, Cikgu Nur Fatimah binti Razali dan Cikgu Farrida Binti Mohd Ghazali, En Mohd Shariman Che Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Long, kini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Felda Technoplant Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Beliau seringkali diberi kepercayaan sebagai pengendali dan penceramah program oleh pelbagai syarikat kerajaan dan swasta, malah pernah muncul di kaca televisyen sebagai panelis TV Al-Hijrah selama 8 siri pada tahun 2017.

Berbicara mengenai persepsi oleh minda yang menghasilkan tindakan susulan, En Shariman menerangkan bahawa terdapat lima elemen yang akan menyebabkan sesebuah persepsi terbentuk iaitu visual, audio, kinesthetic, olfactory dan gustatory. Apa yang dilihat, didengar dan dirasa terutamanya akan menghasilkan pelbagai persepsi, justeru minda yang sihat akan memainkan peranan untuk mengawal dan menapis kelima-lima aspek tersebut agar persepsi yang dihasilkan adalah persepsi yang positif dan seterusnya menghasilkan tindakan yang baik. Adalah penting untuk kita mengawal persepsi diri, memandangkan ia akan memberikan impak terhadap keadaan mental, emosi, fisiologi dan juga tingkah laku.

Menurut En. Shahriman juga, minda yang sihat adalah minda yang tenang dan jelas tentang kehidupan. Justeru, adalah penting untuk kita menapis dan mengawal persepsi dengan ‘membuang’ perkara-perkara yang tidak perlu atau memberikan kesan negative kepada diri kita. Meskipun kita tidak mampu untuk mengawal sikap dan tutur kata orang lain terhadap kita, namun kita boleh mengawal pemikiran kita untuk sentiasa memikirkan kesan yang akan diperolehi atas setiap Tindakan yang kita lakukan. Kita juga perlu menanam kepercayaan yang tinggi terhadap diri kita, agar perkara negative yang diucapkan tentang diri kita tidak memberi kesan yang buruk ke atas pemikiran. Walaubagaimanapun, jika keadaan tersebut berterusan, kita perlulah berhadapan dengan individu tersebut secara berhemah untuk mendapatkan penyelesaian.

Walaupun berhadapan dengan beberapa masalah teknikal sepanjang program berlangsung, rata-rata penonton memberikan maklum balas yang positif terhadap penyampaian santai tetapi penuh semangat oleh En. Shariman, dan memuji ketenangan Cikgu Tina, Cikgu Nur Fatimah dan Cikgu Farrida dalam mengendalikan situasi tersebut. Senyuman yang sentiasa terukir di wajah mereka menambahkan semangat kepada ribuan penonton untuk kekal bersama mereka sehingga ke hujung rancangan.

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini sedikit sebanyak memberikan ilmu kepada para guru, ibu bapa dan murid untuk mencetuskan minda yang sihat dalam mengawal persepsi mereka, agar dapat terus bertahan menghadapi cabaran dalam pendidikan sepanjang pandemik ini. Memetik motto Panitia Bimbingan dan Kaunseling, Be Yourself, Inspire the Others. 

https://youtu.be/yeZvth5Pm2o

 Disediakan oleh:

Arma Yusof @Armayusof

AYU Press Official 



1000+ Free Live-Streaming Classes in 7 months!

No comments

06/02/2021

 



The first in Malaysia!

Free online tuition nationwide!

 

Latest news from the statistic unit of Akademi Youtuber (AYU) reported that the Academy has conducted 1000 free live streaming online tuition for students from pre-school to pre-university in 7-months’ time. The number keeps on increasing every day since the Academy manages at least 90 live-streaming classes and special programmes for students every week.

 

These live-streaming classes are conducted by dedicated schoolteachers who are passionate about teaching. Despite having to teach their own students in schools and fulfilling their commitments toward their schools’ administration, these noble teachers expand their contribution to the students beyond their school boundary. By giving free live-streaming online tuition, the teachers in Akademi Youtuber are able to reach out to the students out there who are in real need for extra help to catch up with their lessons especially during the movement control order (MCO) due to COVID19.

 

Congratulations and thank you to Akademi Youtuber for setting up the platfrom for teachers to contribute. Congratulations and thank you too to e-didik Malaysia and Kelab Guru Malaysia for the continuous support. Above all, congratulations and thank you to all awesome AYU teachers who are willing to sacrifice their time, energy, money, and expertise to ensure that every child gets help not only via free live-streaming online tuition but also via various teaching and learning YouTube videos they have published.


#initiallyfreeforeverfree

#aloneweareordinarytogetherwebecomeextraordinary

Click here to watch the video


https://www.youtube.com/watch?v=dFq909MQN3Y

Prepared by

Cikgu Hana

Akademi YouTuber

10K SUBSCRIBER - REALITI ATAU FANTASI

1 comment

03/02/2021


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Nur Fadhlina binti Khairuddin merupakan seorang guru dari SK Gopeng, Taman Gopeng Baru, Ipoh, Perak.  Dilahirkan pada tanggal 23hb Januari 1982.  Beliau telah membina mahligai bahagia bersama Muhamad Zackry bin Abu Bakar. Hasil perkongsian hidup, beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Muhammad Ilham Putra, Muhammad Arif Alimin, Aaira Khadeeja dan Airis Zulaikha.  Beliau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan rakan-rakan di Akademi Youtuber.

"Sabar itu manis"... Itulah ungkapan kata-kata keramat daripada seorang yang hebat dan telah berjaya menggegarkan dunia youtuber.  Siapa sangka, beliau telah berjaya mendapat 10k Subscriber dalam masa 7 bulan, sejak menyertai Akademi Youtuber mulai 2hb Julai 2020.


Dengan berbekalkan motto channel beliau " Simply Being Linn Zack", di situlah titik permulaannya.  Beliau banyak membuat video perkongsian di channel beliau.  Antaranya ialah ,Video Tutorial, Video PDPC Sejarah, PJPK dan Bahasa Melayu,  Video santai bersama Linn Zack dan sebagainya

YU Suffi selaku Youtuber Manager juga telah merakamkan ucapan tahniah kepada Cikgu Linn Zack melalui video berdurasi 10 minit di channel beliau.  Tidak dilupakan juga rakaman ucapan tahniah daripada rakan-rakan seperjuangan.  Tahniah Cikgu Linn Zack.  Anda sememangnya layak.  Teruskan berinspirasi, kerana inspirasi anda adalah pemangkin semangat kepada kami.  


Jika datang membawa khabar,

Jabat salam kita hulurkan,

Jika datang membawa rezeki,

Rasa syukur kita ucapkan,

Jika datang membawa tuah,

Senyum lebar kita ukirkan.



TAHNIAH Cikgu Linn Zack.  10K bukan lagi fantasi tetapi kini adalah realiti.

https://www.youtube.com/watch?v=YaWRMNs6sjw

Disediakan oleh:

Umi Juema @NorJueMa

AYU Press Official

Link Channel  :  https://www.youtube.com/c/UmiJuema


MAT SKODENG TERJAH!!! - USAHA MURNI SEORANG GURU

No comments

02/02/2021





Mat Skodeng (MS) kali ini telah menerjah Youtube Channel milik Youtuber AYU. Sambil jalan-jalan pandangan MS terhenti dekat satu video ni, punyalah teruja MS tonton. Rupanya-rupanya Cikgu Syazone yang punya.
MS terinspirasi cara Cikgu Syazone dan rakan-rakan sekolahnya bertungkus lumus dan berhati waja menghantar modul Pdpr ke kawasan penempatan anak muridnya. Cikgu Syazone telah menerjah tempat tinggal pelajar SK Paya Bungor. Kebanyakan murid terdiri daripada Suku Jakun dan Suku Semaqberi di Paya Bungor, Kuantan, Pahang. Tujuan terjahan kali ini untuk memberikan modul Pdpr kepada murid-murid yang terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli. Ia juga dapat menjadi wadah dalam penyebaran ilmu di kawasan pedalaman. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Syazone dan rakan guru SK Paya Bungor yang telah mengambil inisiatif memastikan murid-murid dapat terus belajar. Seperti yang diketahui, amat sukar untuk mereka mendapat capaian internet. Oleh itu, hanya dengan cara ini sahajalah yang mampu membantu mereka dalam menuntut ilmu.

Teringat akan kata-kata seorang wartawan yang masih terngiang-ngiang di telinga MS. “….itu situasi yang biasa bagi penduduk luar bandar kerana mereka bukan sumber keuntungan kepada setiap syarikat komunikasi berbandang pengguna di kawasan bandar. Namun, Ketika memerlukan, elok syarikat komunikasi turun padang melihat mereka di luar bandar.” Usaha murni Cikgu Syazone dan rakan-rakan Sk Paya Bungor ini harus dijadikan contoh oleh sesiapa sahaja. Tahniah sekali lagi MS ucapkan kepada Cikgu Syazone. Taburlah bakti walau hanya satu kebaikan kerana ia mungkin sebab utama kita ke syurga.
Tonton video penuh di

Disediakan oleh, Mat Skodeng 

Akademi Youtuber Malaysia (AYU) 

Misi pencarian Ikon eDidik Junior kini bermula! #PERCUMA #AYU

1 comment

30/01/2021

 


❤️❤️MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR ❤️❤️


LANGKAH UNTUK MENYERTAI MISI PENCARIAN  :


1. Daftar untuk dapatkan ID-AYU masing-masing. Link pendaftaran : https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html


2. Ulangkaji dengan menjawab soalan yang telah disediakan sebagai latihan untuk menduduki ujian akhir yang akan menentukan siapa Ikon eDidik Junior untuk subjek terpilih.


3. Boleh semak senarai subjek yang terlibat dalam misi kali ini dari semasa ke semasa di sini : 


https://www.akademiyoutuber.com/p/misi-pencarian-ikon-edidik-junior.html

Wacana Ilmu Pengambilan Peserta "Batch 4" #AkademiYoutuber #AYU

6 comments

26/01/2021



Ingin menjadi Youtuber Pendidikan?
Tawaran dibuka untuk semua guru seluruh negara, pegambilan "Batch 4" mensasarkan 5,000 peserta yang aktif, kreatif, positif dan inovatif!

Kos pengajian : PERCUMA!
Tempoh pengajian : 10 Bulan
Kaedah pengajian : Secara Online!


Syarat khusus untuk menyertai Akademi Youtuber :
1. Seorang guru yang berkhidmat di bawah KPM/Sekolah berdaftar dengan jabatan kerajaan/swasta. 
2. Mempunyai minat yang tinggi untuk menguasai ilmu berkaitan seorang youtuber. 
3. Bersedia untuk sentiasa "CAKNA" dan "AKTIF" mengikuti kelas serta menjalankan tugasan. 
4. Bersedia mengembara bersama rakan-rakan lain yang telah berada di dalam lengkung aktif, kreatif, positif dan inovatif. 
5. Memiliki tahap KESETIAAN yang tinggi untuk terus berada dalam komuniti AYU. 

#Kitabantukita

Misi pencarian Ikon eDidik Junior bersama Akademi Youtuber Malaysia berlangsung meriah!

No comments

13/01/2021

 


Akademi Youtuber : Wacana Ilmu Misi Pencarian Ikon eDidik Junior bersama Akademi Youtuber Malaysia berlangsung meriah dengan sokongan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. 

Majlis ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru, pelajar dan ibu bapa berkaitan Misi Pencarian Ikon eDidik Junior yang akan dijalankan bermula pada 24 Januari 2021. Sehingga kini, Akademi Youtuber telah mendapat pengesahan penyertaan seramai 1,412 orang pelajar seluruh negara untuk menyertai misi pencarian ini. 

Misi Pencarian Ikon eDidik Junior pada kali ini disertai oleh 40  orang guru selaku Ketua Panitia untuk subjek masing-masing. Seramai 40 orang pelajar akan dianugerahkan sebagai Ikon eDidik Junior mewakili setiap subjek yang disenaraikan dalam pembentangan secara langsung ini. 



Majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Masrimee atau dikenali dengan panggilan Ustaz Mee Temenggong melalui channel youtube beliau. Majlis turut disertai Naib Pengerusi eDidik Malaysia iaitu Dr. Juhaida binti Abdul Aziz, Yu. Mamat Solleh bin Ismail Youtuber Manager merangkap Setiausaha Kehormat eDidik Malaysia Yu. Mamat Solleh bin Ismail dan Yu. Suffi Yusof selaku Youtuber Manager di Akademi Youtuber Malaysia. 

Unit VO Akademi Youtuber yang diketuai oleh Yu. Fandy dan Yu. Idayu dengan menampilkan beberapa ahli untuk memastikan kelancaran majlis. Di antara ahli yang terlibat ialah Cikgu Umi Juema, Cikgu Eqa dan Cikgu Jamalee. Manakala bahagian teknikal pula yang diketuai oleh Yu. Rumainno menampilkan YU. Ling sebagai pegawai teknikal untuk majlis pada kali ini. 


Di akhir program, Ketua Panitia AYU juga mengambil peluang untuk bertemu dengan para penonton menjelaskan lagi berkaitan perjalanan program yang akan berlangsung. Ketua Panitia juga akan memberikan 'Hadiah Misteri' istimewa untuk pelajar yang dinobatkan sebagai Ikon untuk subjek mereka. 

Semoga misi pencarian pada kali ini dipermudahkan dan berjaya menarik minat pelajar untuk terus menimba ilmu walupun kita masih di dalam situasi menghadapi pandemik Covid-19. Pelajar ada alternatif untuk membangun dan meningkat prestasi akademik walaupun kita dalam perjuangan untuk membebaskan negara daripada Covid-19. Kita pasti menang!

Tonton siarang ulangan untuk informasi padat di sini : https://www.youtube.com/watch?v=kEqW7Vc89KY


WACANA ILMU PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR 2021

No comments

12/01/2021

 


❤️❤️ MISI PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR KINI BERMULA! 


WACANA ILMU PENCARIAN IKON EDIDIK JUNIOR  2021


TARIKH : 12 JANUARI 2021

HARI : SELASA

MASA :  2 PETANG

LINK :  https://www.youtube.com/watch?v=kEqW7Vc89KY


SEMUA PELAJAR SELURUH NEGARA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG MISI PENCARIAN IKON INI BERSAMA GURU-GURU DARI AKADEMI YOUTUBER GURU MALAYSIA.


Jom daftar untuk pencalonan IKON EDIDIK JUNIOR!


✅ Semua pelajar seluruh negara layak menyertai MISI ini!

✅ Ikuti kelas tuisyen percuma  dan jawab soalan mudah!

✅ Yang terbaik akan diberikan anugerah khas!

✅ Masa untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan!


Daftar segera untuk dapatkan ID, hanya yang ada ID akan dapat mengikuti misi pencarian ini. 

https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html

πŸ”΄[LIVE] BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH, ORDINAL NUMBERS, BY MISS AIN #08 #TUISYENPERCUMA

No comments

11/01/2021

TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️



BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH

✅ MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

✅ YEAR 1-6

✅ TOPIC: ORDINAL NUMBERS


ISNIN 11.1.2021 ‼️ LIVE

Jam 3.30 Petang ‼️ LIVE



✅ LINK KELAS YOUTUBE 

https://www.youtube.com/watch?v=883lj1gATtU  


✅ Presenter ANDA  :πŸ‘πŸ‘

MISS AIN

@callmemissain

SK MANJOI SATU, IPOH


✅ LINK CHANNEL

https://www.youtube.com/callmemissain


✅ E-SIJIL PENYERTAAN EDIDIK PERINGKAT KEBANGSAAN

E-SIJIL hanya dapat diisi dengan EMAIL EDIDIK


✅ PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI

https://www.akademiyoutuber.com/p/permohonan-email-edidik-malaysia.html


✅ JOIN GROUP TELEGRAM PELAJAR MALAYSIA

 https://t.me/edidikjunior

 

✅ LEBIH BANYAK KOLEKSI VIDEO PDPC DI SINI:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia

 

✅ SENARAI PLAYLIST VIDEO AYU

https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html

 

Inisiatif :

www.akademiyoutuber.com

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA


πŸ”΄ [LIVE] BAHASA ARAB SEK. RENDAH -Ω†Ψ­Ψ¨ Ψ§Ω„Ψ­ΩŠΩˆΨ§Ω†Ψ§Ψͺ- OLEH MUALLIMAH SALWANI #02 #TUISYENPERCUMA #AIO

No comments

 


πŸ‘πŸ‘PERTAMA DI MALAYSIA
πŸ’₯πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯LIVE LIVE

PUSAT TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️

πŸ”΄ [LIVE] BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH - "Ω†Ψ­Ψ¨ Ψ§Ω„Ψ­ΩŠΩˆΨ§Ω†Ψ§Ψͺ" OLEH MUALLIMAH SALWANI #02 #TUISYENPERCUMA

TARIKH : 11 JANUARI 2021 (ISNIN)
MASA : 9.30 PAGI

LINK MENYERTAI KELAS :
https://www.youtube.com/watch?v=fnY6crfRZvQ

SEMAK JADUAL KELAS & LINK SIARAN DI SINI :
https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html

E-SIJIL PENYERTAAN EDIDIK PERINGKAT KEBANGSAAN 

PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI
https://www.akademiyoutuber.com/p/permohonan-email-edidik-malaysia.html

JOIN GROUP TELEGRAM PELAJAR MALAYSIA
https://t.me/edidikjunior

LEBIH BANYAK KOLEKSI VIDEO PDPC DI SINI:
https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia

SENARAI PLAYLIST VIDEO AYU
https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html

Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
-EDIDIK MALAYSIA
-KELAB GURU MALAYSIA

 


πŸ”΄ [LIVE] PENDIDIKAN ISLAM SR - "TRAVELOG ILMU" OLEH UST. MOHD HAFIZ #02 #TUISYENPERCUMA #ALLINONE

No comments

10/01/2021


  πŸ‘πŸ‘PERTAMA DI MALAYSIA

πŸ’₯πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯LIVE LIVE

PUSAT

TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️


πŸ”΄ [LIVE] PENDIDIKAN ISLAM SR - TRAVELOG ILMU OLEH UST. MOHD HAFIZ #02 #TUISYENPERCUMA #ALLINONE

Scheduled for JAN 10, 2021 AHAD 9.30 MALAM @mhafiz8337 


✅SEMAK JADUAL KELAS & LINK SIARAN DI SINI

https://www.youtube.com/watch?v=4aeuv2GNKhU

https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html


✅E-SIJIL PENYERTAAN EDIDIK PERINGKAT KEBANGSAAN 


✅PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI

https://www.akademiyoutuber.com/p/permohonan-email-edidik-malaysia.html


✅JOIN GROUP TELEGRAM PELAJAR MALAYSIA

 https://t.me/edidikjunior


✅LEBIH BANYAK KOLEKSI VIDEO PDPC DI SINI:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia


✅SENARAI PLAYLIST VIDEO AYU

https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html


Inisiatif :

www.akademiyoutuber.com

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA

πŸ”΄ [LIVE] PENDIDIKAN MUZIK KSSM – PENGENALAN GITAR OLEH TEACHER LOO #06 #TUISYENPERCUMA

No comments

04/01/2021

 

TAJUK: 

πŸ”΄ [LIVE] PENDIDIKAN MUZIK KSSM – PENGENALAN GITAR OLEH TEACHER LOO  #06 #TUISYENPERCUMA


TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️




πŸ‘πŸ‘PERTAMA DI MALAYSIA


πŸ’₯πŸ’₯πŸ”₯πŸ”₯LIVE LIVE 



PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KSSM


✅MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KSSM

✅PENGENALAN GITAR


ISNIN  4/1/2021 ‼️ LIVE

Jam 3.30 petang  ‼️ LIVE


❗️Jemput semua Join sama

❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA


✅E-SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DISEDIAKAN



JOIN LINK KELAS YOUTUBE ✅

https://www.youtube.com/watch?v=dwWKC-GqyGU



Presenter ANDA  :πŸ‘πŸ‘


TEACHER LOO LAI KUEN @loolaikuen

SMK BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM 


LINK CHANNEL✅

https://www.youtube.com/c/LOOLAIKUEN


JOIN Group Telegram Pelajar

https://t.me/edidikjunior


Lebih banyak koleksi VIDEO PdPC di sini:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia


https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html


✅Semak jadual siaran langsung yang terkini di sini 

πŸ“https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html


AKADEMI YOUTUBER (AYU)

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA



πŸ”΄ [LIVE] BAHASA INGGERIS SEK RENDAH, ACTIVE & PASSIVE VOICE (II) OLEH MISS AIN #07 #TUISYENPERCUMA #ALLINONE

1 comment

 TUISYEN ONLINE AYU PERCUMA‼️‼️




BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH

✅ MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

✅ TAHUN 1-6

✅ TOPIK ACTIVE AND PASSIVE VOICE (II)


ISNIN 4.1.2021 ‼️ LIVE

Jam 3.30 PETANG  ‼️ LIVE


LINK KELAS YOUTUBE  https://www.youtube.com/watch?v=XBmY3Zls9JI


✅ Presenter ANDA  :

MISS AIN @callmemissain

SK MANJOI SATU


✅ LINK CHANNEL https://youtube.com/callmemissain


✅ E-SIJIL PENYERTAAN EDIDIK PERINGKAT KEBANGSAAN

E-SIJIL hanya dapat diisi dengan EMAIL EDIDIK


✅ PERMOHONAN EMAIL EDIDIK DISINI

https://www.akademiyoutuber.com/p/permohonan-email-edidik-malaysia.html

 

✅ JOIN GROUP TELEGRAM PELAJAR MALAYSIA

 https://t.me/edidikjunior

 

✅ LEBIH BANYAK KOLEKSI VIDEO PDPC DI SINI:

https://t.me/VideoPdPCgurumalaysia

 

✅ SENARAI PLAYLIST VIDEO AYU

https://www.akademiyoutuber.com/p/senarai-playlist-video-pdpc-mengikut.html


✅SEMAK JADUAL SIARAN LANGSUNG YANG TERKINI DI SINI

https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html 


Inisiatif :

www.akademiyoutuber.com

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA


Sudah tonton?
© HakCipta Terpelihara 2020
#kitabantukita daripada Akademi Youtuber Malaysia