Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]

PENAFIAN AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

PENAFIAN DATA DAN MAKLUMAT


AKADEMI YOUTUBER tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.


KANDUNGAN VIDEO

AKADEMI YOUTUBER tidak bertanggungjawab di atas mana-mana kandungan video yang menyentuh isu-isu sensitif ATAU menimbulkan sebarang provokasi terhadap mana-mana kumpulan mahupun individu. Setiap video terbitan Ahli adalah di atas tanggungjawab pemilik Channel masing-masing untuk memastikan kandungan video sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Akademi Youtuber. Sebarang pelanggaran syarat penerbitan video adalah di atas tanggungjawab pemilik channel tersebut. 


PEMETAAN VIDEO

AKADEMI YOUTUBER sehingga kini hanya menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM untuk portal SumberKU. Sebarang bentuk pemetaan video ahli tanpa kebenaran pemilik Channel dan pihak pengurusan youtuber dianggap oleh AKADEMI YOUTUBER sebagai satu tindakan yang "TIDAK PROFESIONAL" kerana menggunakan bahan tidak asli dalam pembangunan jenama dan portal masing-masing. 


BAYARAN / SUMBANGAN / YURAN / KUTIPAN

AKADEMI YOUTUBER tidak menjalankan sebarang kutipan sumbangan/yuran untuk kelas-kelas yang dijalankan untuk guru mahupun untuk pelajar-pelajar seluruh negara. Setiap kelas yang dijalankan adalah PERCUMA. Sebarang kutipan/yuran/sumbangan yang diminta daripada mana-mana ahli ketika bersiaran adalah melanggar SOP yang ditetapkan oleh AKADEMI YOUTUBER.


PENGGUNAAN BADGE

AKADEMI YOUTUBER tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti ahli yang di luar kawalan pihak pengurusan (terutamanya di media sosial) sekiranya dikaitkan dengan sebarang isu/komen/reaksi mendapat perhatian mana-mana pihak berdasarkan BADGE yang digunapakai. Semakan keahlian boleh dilakukan sekiranya terdapat pengguna BADGE yang menimbulkan isu atau mendatangkan persepsi negatif kepada organisasi oleh pihak berkuasa. 


AKTIVITI BERSAMA PELAJAR

AKADEMI YOUTUBERT tidak bertanggungjawab dengan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh ahli bersama pengikut (follower) masing-masing dalam melakukan aktiviti secara dalam talian sekiranya program tersebut dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan tidak melibatkan pihak pengurusan AKADEMI YOUTUBER. Pelajar dinasihatkan mengikuti program-program yang dilaksanakan oleh guru yang mengajar dalam TUISYEN PERCUMA AYU sahaja untuk mengelak sebarang aktiviti penipuan daripada pihak tidak bertanggungjawab. 


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama